Pin yang diterima melalui sms sahkah..?
Ya. Pin tersebut adalah sama dengan kad yang dibeli daripada syarikat telekomunikasi (Maxis, Digi) cuma dalam bentuk yang berlainan sahaja. Pin-pin ini syarikat dapat dari Syarikat telekomunikasi (Maxis, Celcom, Digi¦) Jika ada masalah, anda boleh mengadu kepda ICT.
Adakah syarikat ini stabil / kukuh..?
Ya. Syarikat ditubuhkan sejak 1996. Perniagaan ini masih diteruskan. (tunjukkan laporan yang dicetakkan oleh Suruhanjaya Penubuhan Syarikat Malaysia). Biasanya untuk mengetahui samada syarikat ini kukuh, kita harus lihat daripada beberapa aspek. Antaranya, adakah syarikat ini menjalankan bisnes yang menguntungkan? Adakah mada depan syarikat ini cerah?
Adakah syarikat ini menguntungkan..?
Ya. Syarikat ini melakukan satu perniagaan global dan bukan sekadar setempat sahaja. Dengan teknologi yang sedia ada (sms, internet) syarikat mampu berniaga di seluruh Malaysia. Dan stok-stok yang dibeli melalui dealer-dealer adalah jauh lebih murah daripada kedai-kedai handphone yang biasa kerana kuantiti pembelian adalah besar. Lagipun kami menjalankan perniagaan package, iaitu seorang ahli akan terikat selama setahun.
Adakah masa depan syarikat cerah..?
Adakah anda rasa ramai pelanggan membeli dari ICT yang menawarkan harga murah RM53.70 (untuk Maxis) dengan perkhidmatan sms? Atau pelanggan akan teruskan memandu kereta ke kedai handphone dan membeli dengan harga RM60 (untuk Maxis)? Rasa-rasa ICT atau kedai-kedai handphone akan mengalami masalah kekurangan pelanggan? Tanya pelanggan soalan ini.
Bagaimana jikalau saya tidak pandai berhujah, ada masalah..?
Ini tidak mengapa. Anda tidak perlu pandai berhujah. Asalkan anda boleh menyampaikan informasi dengan terang sudah memadai. Ini kerana anda bukan menjual barangan kosmetik, ubat-ubatan yang memerlukan penerangan yang menarik. Anda sedang menjual satu barangan iaitu prepaid kad. Jika pelanggan anda tidak ingin beli, tidak apa, bukan kamu yang rugi kerana mereka kena juga beli dari luar dengan harga yang jauh lebih mahal. Anda juga boleh membawa pelanggan-pelanggan anda ke syarikat untuk mengikuti seminar. Disana segala penerangan akan dijelaskan untuk anda. [masa seminar Isnin, Rabu = Subang(03-56337133] Selasa, Khamis = Pudu (03-21425220]. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada upline-upline anda.
Jikalau saya regiter package 012 bolehkah saya menjual package yang lain..?
Ya boleh. Anda boleh mencari down line yang membeli packge 012 - 019. Komisennya juga sama. Hanya bayaran mukanya berlainan.
Bolehkah saya beli lebih daripada sekeping..?
Boleh. Anda boleh beli dengan harga 7% untuk Maxis, 4% untuk Digi, 9% untuk Celcom dan 10% untuk kad yang lain.Contohnya: Anda hendak beli membeli 10 keping maxis. Keping pertama anda beli melalui package dan 9 keping lagi anda beli diberikan 9% .
Adakah syarikat lain juga menawarkan perkhidmatan sms..?
Ya. Tetapi syarikat kami merupakan syarikat pertama di Malaysia menawarkannya. Tambahan pula server syarikat adalah tercepat dan tercanggih berbanding yang lain. Satu lagi kelebihan adalah komisen yang diberikan kepda agent-agent adalah tertinggi berbanding syarikat dengan yang lain. Syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan sms seperti smsbiz, timesuccess, byted cities.
Perbandingan komisen contoh Maxis RM60
ICT -7% = RM56.40
Smsbiz = RM57.3 - RM58.9 (mengikut pangkat)
Timesuccess = RM58
Adakah ini piramid..?
Tidak. Ini merupakan syarikat yang sah dan mempunyai lesen jualan. Piramid adalah haram di Malaysia. Marketing plan ini adalah seperti marketing plan insuran dan syarikat jualan langsung lain seperti AMWAY, ELKEN, LUXOR, CNI.
Saya tidak pandai menjual package dan cari pelanggan..?
Sebenarnya anda tidak perlu menjual package dan mencari pelanggan untuk syarikat, jika anda tidak ingin. Anda cuma perlu ingat pembayaran 3 kali RM55/RM100/RM115 pda bulan 1, 5 dan 9 sahaja. Dengan itu, anda akan memperoleh 12 keping kad. Maka, matlamat anda bukan keuntungan tetapi untuk penjimatan.
Apa yang saya perlu ada untuk berjaya..?
Komitmen dan kerajinan. Moto saya adalah ‘The More You Share, The More You Get’. Kalau kamu rajin berkongsi dengan rakan/saudara atau sesiapa saja, kamu akan memperolehi banyak down line. Cara berkongsi boleh melalui internet, iklan, suratkhabar, telephone . . . Kita tidak perlukan bakat atau skill berhujah. Anda hanya perlu fahamkan marketing plan dan lepas itu terangkan dengan jelas. Memang benar, itu saja! Ini kerana plan kami memang terlalu baik. Menjual sesuatu yang membantu pelanggan anda memang perlu beli tetapi dengan harga jauh lebih murah dan memberi mereka peluang membuat keuntungan. Susah jual ke..?
Tempat saya jauh daripada syarikat. Macamana saya nak beli kad dan mulakan perniagaan ini..?
Untuk memulakan perniagaan ini anda cuma memerlukan handphone untuk sms, maybank untuk urusan bank dan perkhidmatan pos untuk pos barangan. Perniagaan ini boleh dijalankan dimana jua anda berada.
Saya nampak semua orang akan untung apabila menjadi ahli. Siapa yang rugi..?
Mengapa mesti ada orang yang rugi?
Tiada siapa yang akan rugi apabila anda menjadi ahli.. Anda akan rugi bila anda tidak menjadi ahli. Konsep perniagaan ini menggunakan “win-win situation”. Ini seperti Syarikat insuran, di mana anda tidak akan rugi. Syarikat akan untung apabila mendapat banyak pelanggan. Anda samada untung besar dalam perniagaan atau hanya berjimat dalam penggunaan prepaid kad.
Orang kata syarikat ICT tipu orang. Mana ada benda baik dalam dunia ini?
Ini soalan yang paling mencabar. Untuk menjawab soalan ini, anda perlu mentafsirkan motif penanya soalan tersebut. Ini kerana dalam dunia perniagaan pesaingan amat sengit. Maka akan ada mereka yang ingin sabotaj syarikat kami dengan menyebarkan khabar angin yang memburuk-burukkan syarikat kami. Sebenarnya mereka tidak tahu langsung mengenai syarikat kami. Mereka bertujuan untuk menghalang anda dari terus menjadi ahli ICT.
Saya akan tanya, ‘Apa pendapat anda mengenai insuran?’ kalau saya mati saya dapat RM1 juta, kalau saya hidup, saya akan dapat balik duit yang telah dibayar ditambah faedah. Maka bukankah insurans memang baik? Siapa yang rugi? So, kita boleh katakan syarikat insuran itu tipu? Bagaimana mereka untung? Mereka membuat pelaburan dan untung? Adakah pelaburan itu mesti mendatangkan keuntungan? Jika kegawatan ekonomi macamana? Pelaburan masih untung? Maka, anda tidak faham bagaimana syarikat insuran untung bukan? Jadi kita tidak boleh tuduh syarikat insuran tipu duit. Kita harus fahamkan policy dan plan mereka, seperti juga ICT, kalau anda faham marketing plan kami, maka kamu tidak akan kata syarikat kami tipu lagi. Untuk memahami lebih lanjut, saya ingin jemput anda ke Seminar Ahli Baru kami. Disitu akan diterangkan bagaimana syarikat memperolehi keuntungan, marketing plan dan sesi soal jawab juga akan diadakan. (sentiasa mengemaskini matlumat terkini. Ini sebagai panduan rujukan sahaja.)